Jom Ikut!

30/04/2014

Puteri Gunung Ledang

Hikayat Hang Tuah ternyata telah memberi impak yang cukup besar dalam kesusasteraan Melayu. Karyawan daripada bidang seni tidak terkecuali menerbitkannya dalam bentuk filem untuk tontonan orang ramai. Antara kisah yang diangkat menjadi filem ialah kisah Peminangan Puteri Gunung Ledang.


PUTERI GUNUNG LEDANG 1961.

PUTERI GUNUNG LEDANG 2004

Hikayat Abdullah ; Kandungan dan Refleksinya Terhadap Bangsa Melayu.

1.0            PENGENALAN.

 Gambar:Hikayat Abdullah.jpg

Menurut Hashim Awang 1985 kesusasteraan didefinisikan sebagai ciptaan atau hasil seni yang disampaikan melalui bahasa ; sastera membentuk tamadun; hubungannya rapat dengan masyarakat iaitu situasi yang berlaku melibatkan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat. Kamus Dewan pula mendefinisikan karya kesusasteraan sebagai hasil seni iaitu karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Menurut Siti Hawa Salleh (1997) pula menyebutkan kesusasteraan meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampainya.

Syair Singapura Terbakar

 

Serta terpandang api itu menjulang
Rasa-nya aruah-ku bagaikan hilang
Di jilatnya rumah serta barang-barang
Seperti anak ayam disambar helang

Hang Tuah ; Lambang Semangat Melayu


1.0          ABSTRAK KAJIAN.

 

Kajian mengenai Hang Tuah dalam kertas kerja ini adalah bertumpukan mengenai peranan  Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri Gunung Ledang dan akhir sekali kertas kerja ini turut membincangkan mengenai pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. 

28/04/2014

Sinopsis Sulalatus Salatin Mengikut Topik.



Bab I : Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w..

Kandungan Teks Sulalatus Salatin

Bismilahirahmanirahim....



Kandungan Sulalatus Salatin.

1.      Pengenalan dengan Bismillah-Rahmannir-Rahim. Perintah Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, supaya mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu.

27/04/2014

Nilai ketabahan dalam cerita lipur lara

Nilai Ketabahan Dalam Cerita Lipur Lara

Abstrak
Nilai merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa nilai manusia tidak dapat menetapkan kadar atau kualiti sesuatu barang. Tanpa nilai juga manusia tidak dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk dan sesuatu yang benar atau yang salah. Nilai murni mengajar manusia untuk menjadi insan yang berakhlak mulia. Nilai murni ini perlu ada dalam diri setiap manusia dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian supaya kehidupan bermasyarakat menjadi lebih bermakna, aman dan sentosa. Nilai ketabahan merupakan salah satu daripada nilai murni. Nilai tabah mengajar manusia untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita. Nilai tabah juga mendidik manusia untuk sentiasa bersikap terbuka dalam menghadapi sesuatu permasalahan. Oleh hal yang demikian, kajian ini menfokuskan nilai ketabahan yang terdapat dalam Cerita Lipur Lara. Melalui kajian ini kita dapat mencontohi watak-watak  yang terdapat dalam Cerita Lipur Lara yang tabah dalam melaksanakan amanah dan mengaharungi dugaan hidup. Watak-watak ini juga tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup bagi mencapai sesuatu yang diingini.

Adat istiadat dan pantang larang dalam teks sejarah melayu

ADAT ISTIADAT DAN PANTANG LARANG DALAM TEKS SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU.



26/04/2014

Analisis Sindiran Dalam Cerita Jenaka Melayu



ANALISIS UNSUR SINDIRAN DALAM KARYA AGUNG ; CERITA JENAKA MELAYU.

Abstrak.

Cerita Jenaka Melayu merupakan salah satu genre penting kesusasteraan tradisional Melayu yang dikumpulkan bagi dua tujuan atau fungi utama iaitu untuk menyampaikan ilmu atau pengajaran dan yang keduanya untuk tujuan berhibur. Penceritaan bercorak seperti ini merupakan cara yang digunakan oleh orang Melayu pada zaman dahulu untuk menyampaikan sesuatu pandangan. Perkara yang ingin ditegaskan melalui cerita-cerita tersebut bukanlah jenakanya , tetapi lebih kepada ilmu atau pengajaran atau pandangan hidup yang ditinggalkan oleh cerita tersebut. Justeru itu , kajian yang bakal dilakukan ini adalah untuk mengkaji unsur sindiran yang termuat di dalam Cerita Jenaka Melayu.  Kajian bakal menelusuri apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh cerita melalui petikan-petikan daripada karya tersebut.


TEORI FALSAFAH BAHASA

Teori Falsafah Bahasa.

Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). 
 Teori Falsafah Bahasa terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bulatan, anak panah (dua hala) dan garisan putus-putus. Bulatan itu merupakan bentuk yang memerlukan manusia berbahasa secara sempurna dari segi nahu, makna dan tujuannya. Oleh itu, segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. 

Bahan Dan Alat Perubatan Tradisional Melayu



Bahan-bahan dan peralatan yang lazimnya digunakan oleh pengamal perubatan.
- Herba dan Tumbuhan.




25/04/2014

Falsafah dan Amalan Perubatan Tradisional Melayu


FALSAFAH DAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU


Abstrak
Amalan perubatan tradisional Melayu merupakan warisan turun temurun dari zaman nenek moyang dahulu lagi. Amalan perubatan ini ternyata masih lagi meresapi budaya masyarakat kini. Kepercayaan kepada amalan magis adalah sebahagian falsafah daripada budaya masyarakat tradisional Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kaedah dan alat yang digunakan oleh pengamal perubatan dahulu di samping turut membandingkan amalan perubatan tradisional masyarakat dahulu dengan masyarakat  kini. Dalam teks ini terkandung lima buah cerita iaitu Cerita Seri Rama, Cerita Malim Dewa, Cerita Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal dan Cerita Raja Muda. Dalam kesemua cerita lipur lara ini masing-masing mengamalkan amalan perubatan tradisional sama ada dalam bentuk jampi, mantera ataupun menilik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk Etnografi iaitu pemerhatian terhadap budaya amalan perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini juga berbentuk kajian kepustakaan iaitu merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku, jurnal dan artikel. Hasil kajian ini menunjukkan dalam setiap cerita masih lagi mengamalkan unsur magis bagi merawat pelbagai jenis penyakit.