Jom Ikut!

30/04/2014

Puteri Gunung Ledang

Hikayat Hang Tuah ternyata telah memberi impak yang cukup besar dalam kesusasteraan Melayu. Karyawan daripada bidang seni tidak terkecuali menerbitkannya dalam bentuk filem untuk tontonan orang ramai. Antara kisah yang diangkat menjadi filem ialah kisah Peminangan Puteri Gunung Ledang.


PUTERI GUNUNG LEDANG 1961.

PUTERI GUNUNG LEDANG 2004

Hikayat Abdullah ; Kandungan dan Refleksinya Terhadap Bangsa Melayu.

1.0            PENGENALAN.

 Gambar:Hikayat Abdullah.jpg

Menurut Hashim Awang 1985 kesusasteraan didefinisikan sebagai ciptaan atau hasil seni yang disampaikan melalui bahasa ; sastera membentuk tamadun; hubungannya rapat dengan masyarakat iaitu situasi yang berlaku melibatkan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat. Kamus Dewan pula mendefinisikan karya kesusasteraan sebagai hasil seni iaitu karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Menurut Siti Hawa Salleh (1997) pula menyebutkan kesusasteraan meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampainya.

Syair Singapura Terbakar

 

Serta terpandang api itu menjulang
Rasa-nya aruah-ku bagaikan hilang
Di jilatnya rumah serta barang-barang
Seperti anak ayam disambar helang

Hang Tuah ; Lambang Semangat Melayu


1.0          ABSTRAK KAJIAN.

 

Kajian mengenai Hang Tuah dalam kertas kerja ini adalah bertumpukan mengenai peranan  Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri Gunung Ledang dan akhir sekali kertas kerja ini turut membincangkan mengenai pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. 

28/04/2014

Sinopsis Sulalatus Salatin Mengikut Topik.



Bab I : Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w..

Kandungan Teks Sulalatus Salatin

Bismilahirahmanirahim....



Kandungan Sulalatus Salatin.

1.      Pengenalan dengan Bismillah-Rahmannir-Rahim. Perintah Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, supaya mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu.

27/04/2014

Nilai ketabahan dalam cerita lipur lara

Nilai Ketabahan Dalam Cerita Lipur Lara

Abstrak
Nilai merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa nilai manusia tidak dapat menetapkan kadar atau kualiti sesuatu barang. Tanpa nilai juga manusia tidak dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk dan sesuatu yang benar atau yang salah. Nilai murni mengajar manusia untuk menjadi insan yang berakhlak mulia. Nilai murni ini perlu ada dalam diri setiap manusia dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian supaya kehidupan bermasyarakat menjadi lebih bermakna, aman dan sentosa. Nilai ketabahan merupakan salah satu daripada nilai murni. Nilai tabah mengajar manusia untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita. Nilai tabah juga mendidik manusia untuk sentiasa bersikap terbuka dalam menghadapi sesuatu permasalahan. Oleh hal yang demikian, kajian ini menfokuskan nilai ketabahan yang terdapat dalam Cerita Lipur Lara. Melalui kajian ini kita dapat mencontohi watak-watak  yang terdapat dalam Cerita Lipur Lara yang tabah dalam melaksanakan amanah dan mengaharungi dugaan hidup. Watak-watak ini juga tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup bagi mencapai sesuatu yang diingini.