Jom Ikut!

28/04/2014

Sinopsis Sulalatus Salatin Mengikut Topik.



Bab I : Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w..


Menjunjung Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud “Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.

Penaklukan Iskandar Zulkarnain.
Raja Iskandar Zulkarnain, berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.

Perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah,
Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir dengan mas kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah ditinggalkan di negeri Kida Hindi.

Zuriat Iskandar Zulkarnain.
Puteri Syahrul Bariyah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Zulkarnain. Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan selama 355 tahun.

Perjalanan hendak menakluk negeri Cina.
Dari keturunan Iskandar Zulkarnain  itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di  bunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya.  Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik.

Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.

Hendak mengetahui isi laut.
Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu kehairanan melihat Raja Suran.

Zuriat Raja Suran.
Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara bernama Bijaya Negara.

Bab II: Kisah bermula di Bukit Si Guntang.
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.

Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura.
Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana. Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar. Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.

Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang Lebar daun dan ingin mengahwininya.

Bersumpah Berteguh Janji.
Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah.
Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun dilansungkan.
Selepas perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak perempuan. Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.

Membunuh Ular Sakti Mona.
Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan di Minangkabau.
Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.

Mencari tempat baru untuk berbuat negeri.
Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar.  Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.

Jadi Anak angkat raja perempuan Bintan.
Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya.  Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan itu.
STB meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri. Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana.

Temasik dijumpai.
Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

Bab III :  Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar menteri Aria Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mudaliar telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.

Raja dan Bendahara adik beradik.
Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar.  Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka Jegalar.  Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda.

Peristiwa Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
Betara Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti subang kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit. Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke Majapahit.  Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang Majapahit berjaya dikalahkan.

Bila PSPW meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar sebagai bendahara.

Badang beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah.
Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura.  Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.

Kegagahan Badang diuji.
Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat separas lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke kuala.
Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak oleh Benderang.
Keesukan harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang dikalahkan.  Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu.
Tidak lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja  Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.

Mula kedatangan Islam ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.  Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.
Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekur semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.
Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.
Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi.  Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.
Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.

Raja Pasai Ditipu Dan Ditawan.
Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana.

Sidi Ali Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.

Peristiwa Kerana Seorang Dayang.
Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir.
Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan  di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke laut.  Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya.
Selepas 3 tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.

BAB IV : SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.

Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja  yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.

Anak bendahari raja Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk belot dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah habis. Bila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.

Raja Iskandar Berlepas Ke Darat.
Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja. Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk.  Baginda pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu menjadi buruk. Lalu dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari sini pindah lagi ke Bertam.

Membuka Negeri Melaka.
Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana..
Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah  telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan.

Kedatangan Islam ke Melaka.
Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri  Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.

Susunan Tertib Adat Istiadat Raja.
Upacara mengadap di balairung seri.
·         Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar dan sida-sida duduk di seri balai.
·         Anak-anak raja duduk di kelek-kelekan balai kiri dan kanan.
·          Sida-sida yang muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.
·          Hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.
·         Kepala bentara di kiri daripada anak cucu menteri yang patut jadi Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.
·          Kepala bentara di kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana dan Seri Bija Diraja.

Gelaran :
Sang Setia : bakal menjadi Seri Bija Diraja.
Sang Guna : bakal menjadi Laksamana.
Tun Pikrama : bakal menjadi Bendahara.

Acara Menjunjung Duli :
·         Yang pertama kepala bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk di seri balai.
·         Nakhoda Cempa pilihan duduk di seri balai.
·         Anak tuan-tuan duduk di selasar balai.
·         Perkakas raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
·         Puan dan pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.
·         Pedang dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.

Protokol Menyambut Utusan Dari Pasai Dan Haru. Bagi Utusan-Utusan Dari Negeri Lain, Adat Sambutan Akan Dikurangkan.
-Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan. Diletakkan had bendahara.
·        - Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat.
·     -Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit melainkan mendeli.
·         -Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil.
·        - Gajah dikepilkan di hujung balai.
·         -Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala bentara yang di kiri).
·        - Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah raja kepada utusan.

Adat Menjemput Tamu :
·         Jika Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.
·         Jika Persangan dijemput oleh orang kecil.
·         Jika Pertuanan dijemput oleh orang sedang.

Penggunaan Payung ;
·         Payung kuning  untuk anak-anak raja dan orang besar-besar
·         Payung ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
·         Payung biru dan hitam untuk orang bergelar.

Adat Persalinan.
·         Bakal bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
·         Anak raja dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
·         Bentara sida-sida hulubalang  3 ceper: kain, baju dan destar.
·         Ada juga yang tiada berceper.

Istiadat  / Peraturan Apabila Raja Berangkat Di Hari Raya.
·         Penghulu Bendahari di kepala usungan kanan.
·         Laksamana di sebelah kiri.
·         Di belakang menteri keduanya.
·         Rantai dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.
·         Bentara dan hulubalang berjalan di hadapan raja.
·    Alat kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara memegang pedang. Dihadapan sekali pembawa lembing.
·         Dibawa juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
·          Bendahara, kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang raja.

Peraturan Ketika Raja Bergajah.
·         Temenggung di kepala gajah.
·         Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut.
·         Bentara memikul pedang kerajaan.

Acara Bernobat.
·         Orang besar-besar dari kanan gendang.
·         Orang kecil-kecil dari kiri gendang.
·     Orang yang kena sirih nobat: Bendahara, anak raja-raja, Penghulu Bendahari, Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija Diraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang dikehendaki oleh raja.

Peraturan Apabila Bekerja / Pekerjaan Raja.
·         Penghulu bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.
·         Temenggung mengatur orang di balai.
·         Orang biasa makan empat orang sehidangan.
·         Bendahara makan sehidangan dengan anak raja.

Peraturan Berkunjung Ke Masjid Di Malam 27 Ramadhan.
·         Temenggung mengepalakan gajah.Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu siang.
·         Raja berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih
·         Pakaian raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.

Protokol Sambutan Hari Raya.
·         Semua pembesar masuk berkumpul di istana.
·         Penghulu Bendahari membawa masuk usungan raja.
·         Gendang dipalu dan nafiri dimainkan.
·         Raja berangkat ke masjid naik usungan.

Peraturan dan protokol sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis penghadapan di Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di masjid dan juga di hari raya.  Semua peraturan ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan.
Di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya. Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke Beruas Ujung Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Nusyirwan Adil dan Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka sebagai Malakat yang beerti tempat perhimpunan segala dagang.

Membuang Diri Kerana Berkecil Hati.
Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.
Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim.
Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri Nara Diraja.  Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan Melaka.

Istana Di Bawah Pengaruh Raja Rekan.
Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia masih kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin datang ke Melaka.

Peristiwa Rampas Kuasa.
Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid.  Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.
Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.
Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di balai penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan.
Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai penghulu.

BAB V : BAKAT KEPIMPINAN TUN PERAK.
Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah kepadanya. Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar Paduka Raja.

Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah.
Setelah Tun Perak menjadi menteri, orang-orang Melaka berpecah dua. Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah. Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja. Tun Kudu ialah anak Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun Perak. Dengan itu SND telah melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada PR. Tun Perak dikatakan sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di Pasai.

Langgaran Siam Dipatahkan.
Angkatan Siam telah datang menyerang Melaka sekali lagi, diketuai oleh Awi Dicu. Paduka Raja diarahkan menghalang angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja Tun Hamzah atau Datuk Bongkok. Angkatan mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh menjadi suluh. Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu telah dikalahkannya.

Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat gembira.

Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang menyebabkannya terbunuh.

Pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Setelah memerintah selama 42 tahun, Sultan Muzaffar Syah pun meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya Raja Abdullah yang bergelar Sultan Mansur. Pada masa menaiki takhta berumur 27 tahun. Isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja. Mempunyai seorang anak gundik bernama Puteri Bakal.

Baginda memerintahkan Bendahara Paduka raja dan Seri Bija Diraja menyerang negeri Inderapura yang diperintah oleh Maharaja Dewa yang berada di bawah taklukan Siam. Bendahara pula dapat menawan Puteri Onang Sari.


Raja Indera Pura Ditawan.
Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa balik ke Melaka. Atas jasanya Seri Bija Diraja dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur. Puteri Onang Sari dikahwini oleh Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Hubungan Muhibbah Melaka – Sulawesi.
Sultan Mansur Syah mahu hubungan dengan Makasar dipereratkan. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja telah diutuskan untuk ke sana.  Mereka berjaya mengadap raja di Goa dan baginda sangat suka hati untuk bermuafakat dengan Melaka.  Apabila mereka mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah berusaha mendapatkan seorang budak untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur

Dari Mana Hang Tuah Berasal.
Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.

Maharaja Dewa Sura Dibebaskan.
Gajah Sultan Mansur Syah yang dibawa Kemanci telah terlepas dan lari ke hutan. Panglima gajah iaitu Seri Rama telah gagal mencarinya semula. Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk menangkap gajah itu. Tapi baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu semula. Sekalian anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan MDS itu.
Seri Nara  Diraja yang beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3 orang anak iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Bila Tun Kudu mati, SND kahwin lain dan mendapat 2 orang lagi anak iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.

Hubungan Berbaik-Baik Melaka-Siam.
Sultan Mansur Syah ingin hubungan dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.

Paduka Bubunya juga telah menyuruh angkatan Melaka membantu Siam menewaskan musuhnya dalam satu peperangan di sana. Mereka diminta berperang dengan pasukan yang kuat. Kebetulan di arah kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang Islam tidak boleh berperang mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk sembahyang. Tipu helah itu dipercayai oleh Raja Siam.
Mereka disuruh berperang ke hala matahari terbit  dan berjaya dalam perang tersebut. Paduka Bubunya telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari Melaka itu. Tun Telanai diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Dari perkahwinan itu melahirkan Tun Ali Haru.

BAB VI : MALANG MEMBAWA TUAH.
Anak raja Tanjung Pura telah hanyut ke pantai Begawan dan diselamatkan oleh seorang penyadap. Namanya Raden Perlan Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si penyadap selalu menyatakan bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri Galoh Awi Kesuma, puteri Ratu Majapahit. Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap menjadi Patih Gajah Mada.
Kebetulannya Awi Kesuma telah besar dan Patih Gajah Mada sendiri ada mendengar bisikan dari rakyatnya yang dia sendiri akan mengahwini puteri tersebut. Lalu Patih Gajah Mada mencadangkan supaya Awi Kesuma berkahwin. Untuk itu segala rakyat diminta berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri memilih bakal suaminya.

Bakal Ratu Majapahit.
Setelah Awi Kesuma memandang Ki Mas Jaya iapun berkenan lalu mereka dikahwinkan. Ki Mas Jaya diangkat menjadi betara Majapahit. Si Penyadap pula menuntut Betara Majapahit menunaikan janji untuk mengangkatnya menjadi Patih Gajah Mada. Ki Mas jaya membuka rahsia dirinya yang dia anak raja Tanjung Pura dan tuntutan si penyadap. Atas cadangan Patih Gajah Mada, si penyadap telah dijadikan ketua para penyadap dan diberi gelar Patih Adi Kara. Didudukkan sama taraf dengan PGM.

Berita tentang Ki Mas Jaya sebagai anak raja Tanjung Pura telah kedengaran kepada ayahandanya. Utusan telah dihantar dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan Langu masih hidup dan menjadi Betara Majapahit pula. Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden Awi kesuma lahirlah Raden Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya itu. Telah ramai anak raja yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh Betara Majapahit itu.

Menjalin Muhibah Melaka-Majapahit.
Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera Kira itu. Satu rombongan untuk meminang ke sana segera bertolak. Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir negara. Dia ke sana dengan diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua “Hanghang” yang sembilan orang itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah telah beroleh gelaran Laksamana dari Sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang orang tua Jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah sebelum itu telah berjaya membunuh 74 orang, orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah juga diiringi oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan Nara Singa), Tungkal (Raja Merlang), Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang (Demang Mangku Raja) dan dari Lingga (Maharaja Isak). Rombongan SMS telah sampai ke Majapahit. Pada masa itu RajaTanjung Pura dan Kediri ada mengadap. Betara Majapahit telah menganugerahkan 40 bilah keris kepada rombongan. Keris yang diberikan kepada raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri semula. Keris yang diberikan kepada Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan raja Melaka lebih cerdik dari raja-raja yang lain.


Telatah Budak-Budak Raja Melaka.
Di Majapahit, Hang Tuah telah mencabar Tun Bijaya Sura menunjukkan kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan Betara Majapahit. Digertaknya anjing yang ada dibalai itu, terkejut ketakutan dan terus lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu rengit”. Dalam permainan itu dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah Betara Majaphit. Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu membalas perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan raja Melaka, seolah raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
Tun Bijaya Sura pula mencabar Hang Tuah naik menceroboh ke balai larangan Betara Majapahit. Hang Tuah dan kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu segera ditombak orang. Beratus tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang oleh Hang Tuah. Setelah diketahui oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh baginda. Mata tombak yang beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada Hang Tuah.
Kehebatan Hang Tuah telah menjadikan dirinya kegilaan kepada perempuan-perempuan di tanah Majapahit itu. Sehinggakan terdapat  pantun dibuat orang untuk menggambarkan kehebatan Hang Tuah tersebut. Tun Bijaya Sura telah diminta oleh Betara Majapahit menunjukkan tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling gelagat”. Dalam permainan ini dia telah mengayunkan sapu tangan yang dipinjamnya dari Raja Melaka. Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya. Mereka hendak marah tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan oleh Betara Majapahit sendiri.
Untuk memperkenakan Tun Bijaya Sura, Betara Majapahit telah memberikan persalinan cara Jawa iaitu dengan berkeris di belakang. Disuruhnya seorang pencuri mencuri semula keris itu dari Tun Bijaya Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang menyabung. Bila TBS menyedari kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam puan Betara majapahit. BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan berpura-pura untuk menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang dicurinya. Jadi sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS. Jadi keris itu dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada TBS juga. Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan Mansur pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.

Memohon Jajahan Sebelum Kembali.
Sebelum kembali  ke Melaka, Tun Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan daerah Inderagiri. Hang Tuah meminta daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS dengan RGCK, lahirlah Raden Di Kelang. Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendana. Dari perkahwinannya dengan saudara Paduka Raja yang bongsu, lahir pula Raja Hussein.

Hang Tuah Dihukum Bunuh.
Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas.
Hang Tuah telah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka. Dipasungkan.

Perhubungan Dengan Negeri China.
Raja benua China telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.

        Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya.

    Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.

Puteri Raja China Ke Melaka.
Raja China menghantarkan puterinya bernama Hang Liu ke Melaka. Puteri itu bersama 500 dayang dan 500 pengiring lelaki telah diislamkan oleh Raja Melaka. Puteri itu dikahwininya. Mereka disuruh diam di Bukit China.
Bila Laksamana Lak Di Po ingin kembali ke negeri China, Menteri Jana Putera dan Tun Telanai pula disuruh pergi ke negeri China. Dalam perjalanan mereka terbias ke Brunai kerana ribut. Raja Brunai juga berkirim sembah ke Melaka.

Kedal Kerana Tulah.
Selepas 2 hari menerima sembah raja Melaka, raja China telah didatangi penyakit kedal anjing. Seluruh tubuhnya telah menjadi gatal-gatal. Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi gagal. Sehinggalah seorang tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari menerima sembah raja Melaka.
Utusanpun dihantar ke Melaka memohonkan air basuh kaki dari Raja Melaka.  Bila air itu diminum dan dibuat basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang. Dengan sebab itu Raja China bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh Raja Melaka. Begitu juga dengan keturunannya takut terkena tulah.


BAB VII : HANG JEBAT KESIANGAN DI ISTANA.
Hang Jebat telah mengamuk di dalam istana raja. Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan diri. Bila tiada seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu, raja mula terkenangkan Hang Tuah.  Bila keadaan mengizinkan, Seri Nara Diraja pun menyembah dan memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka. Lalu Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di muka raja.

Pertarungan Hang Tuah – Hang Jebat.
Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang. Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang Jebat terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebatpun meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak lagi mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat. Mempunyai 17 ruang dengan 40 buanh pintu berukir. Istana dinamakan orang “Mahligai Hawa Nafsu”.
Pangkat laksamana dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula diberikan daerah Sening Ujung.

Istana Sultan Mansur Syah Terbakar.
Dengan takdir Allah taala, istana yang baru siap itu telah terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan. Akibat peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu istana baru berjaya disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.

Ramalan Bendahara Paduka Raja.
Seri Nara Diraja telah jatuh sakit. Dia memanggil Paduka Raja memintakan Paduka Raja menguruskan anak-anaknya yang masih kecil. Lagipun mereka itu adalah anak-anak saudara Paduka Raja sendiri. Emas sebanyak 5 buah candu peti diminta bahagi-bahagikan antara mereka. Anak-anak SND itupun pindahlah ke rumah Paduka Raja. Pada Satu waktu subuh, Bendahara telah melihat ada  cahaya yang terpancar dari kepala Tun Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tetapi kebesaran itu tidak kekal lama.
Bila Tun Tahir dan Tun Mutahir besar, mereka telah meminta emas yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bendahara tidak memberinya. Sebaliknya mereka diberikan 10 tahil emas untuk dibuat berniaga. Setelah cukup setahun, kedua mereka itu datang untuk membayar hutang. Ini membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas itu dan semua emas yang disimpan diberikan kepada mereka. Tun Tahir telah dilantik menjadi Bendahari menggantikan bapanya dan bergelar Seri Nara Diraja, Tun Mutahir dijadikan Temenggung dan bergelar Ser Maharaja. Tun Abdullah pula diberi gelar Seri Nara Wangsa.

Akibat Tiada Menyembah Ke Melaka.
Pemerintah Kampar yang bernama Maharaja Jaya tidak menyembah ke Melaka. Jadi Sultan Mansurpun menitahkan satu angkatan pergi menyerang ke Kampar dengan diketuai oleh Seri Nara Diraja. Dibantu oleh Khoja Baba. Mereka telah berjaya mengalahkan Kampar. Maharaja Jaya dan mangkubuminya yang bernama Tun Demang telah terbunuh. Negeri Kampar diserahkan kepada Seri Nara Diraja dan dia telah melantik seorang adipatinya ke sana.

Sesudah Kampar, Siak Pula.
Pemerintah Negeri Siak bernama Maharaja Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur memerintahkan Seri Udana untuk menyerang Siak bersama angkatannya. Mereka telah berjaya membunh Maharaja Parameswara. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Tun Jana Pakibul ditawan dan di bawa balik ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan oleh Sultan Mansur dengan puterinya yang bernama Raja Mahadewi. Dia dirajakan semula di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Jana dilantik sebagai Mangkubuminya.

Ditolak Bumi Melaka.
Raja Muhammad yang bakal menggantikan ayahnya Sultan Mansur telah menyebabkan Tun Besar, anak Paduka Raja meninggal dunia. Anak-anak buah Paduka Raja mahu menderhaka untuk membalas dendam. Bendahara menentang hasrat tersebut tetapi bersumpah tidak mahu berajakan Raja Muhamad.
Akibatnya Sultan Mansur telah menghantar Raja Muhammad untuk beraja di Pahang. Bergelar Sultan Muhammad Syah. Raja Muhammad telah berkahwin dengan Mengindera Puteri, cucu Sultan Iskandar, Sultan Kelantan. Mendapat tiga orang anak iaitu Raja Ahmad, Raja Jamil dan Raja Mahmud.

Juara Catur.
Ialah Tun Bahara, orang pasai yang datang ke Melaka. Tiada siapa yang dapat menandinginya. Bermain tanpa berfikir, sambil bersyair, berbait, bergurindam dan berseloka. Cuma yang dapat sedikit menandinginya ialah Tun Pikrama, anak Bendahara Paduka Raja.

Disuruh Merompak Ke Ujung Tanah.
Raja di negeri Meluluki, Makasar bernama Keraeng Majiko beristerikan anak Keraeng di Tandering Jikamak tujuh saudara. Anak dari puteri yang tua bernama Semerluki. Apabila dewasa, Semerluki telah berahikan emak saudaranya yang bongsu. Ayahnya mengetahui hasrat Semerluki itu dan menyuruhnya pergi merompak ke Ujung Tanah (wilayah Melaka) untuk mendapatkan perempuan-perempuan yang cantik. Jadi Semerluki telah pergi merompak ke pulau Jawa, wilayah taklukan Siam, Melaka dan juga Pasai. Di Melaka dia ditentang oleh angkatan Laksamana Hang Tuah dan di Pasai oleh Orang Kaya Kenayan. Jawa dan Siam berjaya dialahkannya tetapi dia gagal di Melaka dan juga Pasai.

Kitab Duri’l Mazlum.
Maulana Abu Ishak adalah seorang ulama tasawuf di Mekah. Beliau mengarang kitab Duri’l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia telah meletak jawatan kadi dan digantikan anaknya Kadi Munawar.
Orang-orang Melaka dan Pasai pada masa itu sangat minat untuk belajar ilmu agama. Kitab Duri’l Mazlum dapat diberikan makna (terjemahan) oleh Makhdum Patakan, orang Pasai. Sultan Mansur juga pernah bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum Mua di Pasai itu.Tentang kekal atau tidaknya penghuni Syurga dan Neraka.

BAB VIII : RAJA CEMPA DAN ZURIATNYA.
Raja Campa telah memperolehi seorang budak dari mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Dia dikahwinkan dengan Pau Bania. Pau Gama dari keturunanannya telah datang mengadap ke Majapahit. Dia dikahwinkan dengan Raden Galuh Ajeng. Anaknya dinamakan Raja Jakanak. Pada masa Pau Cin memerintah telah berlaku perang antara Cempa dengan Kuci. Raja Kuci telah merasuah Penghulu Bendahari menyebabkan Cempa dapat dikalahkan.  Dua orang anak raja Cempa iaitu Syah Indera Berma dan Syah Pau Ling telah pergi ke Melaka dan Aceh. Syah Indera Berma telah memeluk agama Islam. Dia dijadikan menteri di Melaka oleh Sultan Mansur Syah.

Gema Peristiwa Rampas Kuasa Di Pasai.
Pemerintah Pasai bernama Sultan Zainal Abidin. Saudaranya telah merampas kuasa. Dia lari ke Melaka. Sultan telah menyuruh Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja dan Laksamana serta 2 laksa tentera pergi merajakan semula Sultan Zainal Abidin. Setelah beberapa kali perang, Sultan Zainul Abidin berjaya ditabalkan semula. Dia enggan menyembah ke Melaka. Belumpun angkatan Melaka sampai ke Melaka , sultan itu berjaya dikalahkan semula. Laksamana cadangkan supaya angkata berpatah balik untuk merajakan semula Sultan Zainal abidin tetapi Bendahara enggan.  Bila kembali ke Melaka, Bendahara telah dimurkai Sultan.
Bila ditanya Sultan, Laksamana telah menyatakan keburukan Bendahara semasa di Pasai sedangkan bila Bendahara dipanggil, dia telah memuji-muji laksamana. Ini menyebabkan laksamana malu sendiri. Dia segera pergi ke rumah bendahara dan menyembah, meniarap di kaki bendahara.

Wasiat Sultan Mansur Syah.
Hasrat Sultan Mansur Syah mahu melantik Raden Kelang, anakanda baginda dengan Raden Galuh Cendera Kirana menggantikannya, Malangnya Raden Kelang mati terbunuh oleh orang mengamuk. Paduka Mimat, anakanda baginda dengan Puteri Hang Liu juga sudah meninggal. Saudaranya Paduka Seri Cina dirajakan di Jeram, hampir Langat. Bila SMS hampir meninggal dia mewasiatkan agar Raja Ahmad atau nama timangannya Raja Hussain dilantik menjadi sultan. Pesan baginda pada Raja Hussain ;
        i.            Dunia tidak kekal, setiap yang hidup akan mati.
      ii.            Iman yang sempurna dan pekerti yang baik akan kekal disebut orang.
    iii.            Hendaklah adil.
    iv.            Jangan mengambil hak orang tanpa izin.
      v.            Jangan lalai dari tugas (dihadap orang).
    vi.            Setiap kesukaran atau kesakitan hendaklah ditolong.
  vii.            Setiap yang teraniaya disiasat.
viii.            Muafakat dengan menteri dan orang besar.
    ix.            Patuh pada wasiat supaya dapat berkat.

Pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.
Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda. Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.

Langkah Membasmi Pencuri.
Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri. Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat. Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.

Akibat Salam Dibacakan Sembah.
Maharaja Diraja, raja Haru  telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja yang berkirim salam dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang bertugas.  Bila teguran tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai.
Maharaja Diraja telah menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera mengamuk dalam jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru. Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.
Mia Ruzul Dengan Kambing Randuk.
Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut serta dalam angkatan perang Melaka. Dia telah ke darat untuk buang air besar. Terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang mengintainya. Bila disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari lintang pukang. Bila disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan marahkan Miz Ruzul.
Peperangan berlaku lagi antara orang Melaka dengan orang Haru di Pengkalan Dungun. Orang Haru telah minta diadakan perdamaian dan diterima oleh Paduka Tuan. Tidak lama selepas kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan dia digantikan oleh anaknya T un Kerunta. Juga bergelar Seri Bija Diraja. Seorang lagi anaknya bergelar Tun Bija Diraja.

Ketiganya Sama Gagah.
Raja Maluku telah lari ke Melaka bila negerinya dikalahkan oleh Kastilan. Dia sangat pandai bermain sepak raga. Ditimangnya 100 – 200 kali barulah diberikan kepada orang lain. Dia juga sangat gagah, Umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus. Begitu juga Telanai Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu melembing pokok kelapa tembus ke sebelah. Sultan Alaudin pula gagah memanah.  Telanai Terengganu yang pergi mengadap ke Melaka tanpa memberitahu ke Pahang telah menimbulkan kemurkaan Sultan Muhammad (Pahang). Baginda telah mengarahkan Seri Akar Diraja pergi membunuh Telanai Terengganu. Telanai Terengganu mati terbunuh, anak-anak cucunya habis lari ke Melaka. Sultan Melaka pada mulanya ingin menyerang Pahang tetapi atas nasihat Bendahara, Laksamana Hang Tuah sahaja dihantar ke sana.

Gema Pembunuhan Telanai Terengganu.
Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh orangnya membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang membunuh itu ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan kerana katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Muhammad mengatakan Telanai Terengganu dibunuh kerana katanya Telanai Terengganu biadab dengan mengatakan negeri Melaka itu terletak di bawah kelangkangannya.

BAB 1X : MEMBUNUH TANPA MEMBERITAHU KE MELAKA.
Sultan Ibrahim telah menyuruh Tun Jana Pakibul membunuh seorang pesalah di Siak. Hal ini diketahui ke Melaka. Hang Tuah  telah diarah untuk pergi ke Siak. Tun Jana Pakibul dimarahinya dalam majlis Sultan Ibrahim. Sultan dan Tun Jana Pakibul terdiam. Bila Hang Tuah mahu pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim telah berkirim surat memohon kemaafan dari Sultan Alaudin. Pada masa itu, tidak dibenarkan hukuman bunuh dalam taklukan Melaka melainkan dengan pengetahuan Sultan Melaka.
Seorang anak Sultan Alaudin yang bernama Raja Menawar telah dirajakan di Kampar. Bila Sultan Alaudin mangkat, tempatnya digantikan oleh Raja Mamad. Pada masa itu Raja Mamad masih lagi seorang kanak-kanak. Wasiatnya supaya Raja Mamad menggantikannya disampaikan di hadapan Bendahara Paduka Raja, Kadi, Paduka Tuan, Seri Nara Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.

Pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin berpesan supaya :
ð   Banyak bersabar.
ð   Memaafkan kesalahan hamba sahaya.
ð   Utamakan pekerjaan akhirat dari kerja dunia.
ð   Berserah diri atau bertawakkal kepada Allah.
ð   Jangan mengaibkan pesalah, kalau perlu bunuh, boleh dibunuh.
ð   Patuh pada wasiat supaya dapat berkat Allah.

Setelah berwasiat kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin pun mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Mamad dengan gelaran Sultan Mahmud Syah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang menyuapkan. Bila buang air, Laksamana membasuhnya. Nenda baginda yang bergelar Raja Tua telah datang untuk melihat Sultan Mahmud. Dia tidak dibenarkan hampir oleh bendahara. Ini kerana dia lebih kasihkan Raja Menawar dan dia bercadang untuk membunuh Sultan Mahmud dengan menindihnya sambil pura-pura menangis. Rancangannya tidak berjaya.

Bendahara Paduka raja dengan Laksamana.
Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen, Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari Raja. Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.

Wasiat Bendahara Paduka Raja.
Bila bendahara jatuh sakit, dia mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang menziarahi Bendahara.
Setelah Bendahara Paduka Raja meninggal dunia dia digantikan oleh saudaranya yang bernama Tun Perpatih Putih. Bergelar Bendahara Putih. Bendahara ini sangat boros. Jikalau lilin panjang sejengkal dibuangnya kerana dianggapnya puntung.

Nyaris Lembing Diterbangkan Ke Dada.
Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari.
Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.

Peristiwa Pembunuhan Tun Ali Sandang.
Setelah menerima sirih, Tun Isappun pergi membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja (anak bongsu Bendahara Paduka Raja) sangat marah, dia mahu Tun Isap dibunuh tetapi Sultan Mahmud arahkan Tun Isap berlepas diri. Tun Isap lari membawa diri ke merata tempat termasuklah ke Pasai, Haru dan Brunai. Akhirnya dia kembali ke Melaka. Bila pulang Sultan menyuruhnya pergi mohon maaf dengan Seri Wak Raja tetapi Tun Isap dibunuh sebaik dia sampai ketika Seri Wak Raja masih lagi di atas gajah.
Pada waktu terdapat 4 orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja memohon jadi panglima gajah, tidak ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun Umar mohon jadi raja di laut itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih hidup. Permintaan Hang Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang Hussin pula mohonkan kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga ditunaikan.

Telatah orang-orang yang dikasihi raja.
Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil oleh raja, sengaja dia melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap yang datang kerana Tun Isap akan meminta pelbagai perkara sambil menantikan Seri Wak Raja siap. Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat mahir tentang gajah dan kuda. Kerana kemahirannya itu dia berjaya mengahwini anak Kadi Menawar. Hang Isa Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang. Layang-layang Raja Ahmad yang besarpun putus apabila bergesel dengan layang-layangnya. Hang Hussain pantas pula seorang yang kuat makan.
Sultan Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar tetapi sebagai Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud.

Manjong Dan Kelantan Diserang.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan untuk menyerang Manjong kerana Manjong bermusuh-musuhan dengan Beruas. Beruas adalah jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong. Seri Maharaja pula dititahkan menyerang Kelantan. Kelantan juga berjaya dikalahkan. 3 orang puteri raja Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang diperisterikan baginda.

BAB X : TUN MUTAHIR DIJADIKAN BENDAHARA.
Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar melantik saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja. Satu perangainya yang buruk ialah belaiu seorang yang kuat bergaya. Dalam sehari enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau menjadi Bendahara, Negeri Melaka semakin makmur.

Titisan keturunan Bendahara Seri Maharaja.
Anak Bendahara Seri Maharaja sangat ramai. Anaknya yang sulung ialah Tun Hassan Temenggung. Anaknya Tun Biajid Rupat bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara Seri Maharaja pula dilantik sebagai Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul, adik Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.

Peristiwa Patih Adam dengan Tun Minda.
Patih Adam adalah Pangeran Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri Nara Diraja. Tun Minda yang masih kecil dan baru tahu berlari-lari telah berlari-lari di depan Patih Adam. Seri Nara Diraja sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih Adam.Setelah Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama 40 peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara Diraja tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap Tun Minda di rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk dan menangkap Tun Minda. Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih peha Tun Minda. Setelah semua pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia mengahwini Tun Minda dan kembali ke Surabaya.

Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti.
Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia memberitahu syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.

Tepuk Berbalas, Alang Berjawat.
Sultan Nara Singa, raja Inderagiri dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah bernikah dia tidak dibenarkan balik ke Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah diperintah oleh Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari ke Lingga. Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya sebagai raja Lingga.
Semasa Maharaja Isap datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah menyerang Lingga. Sebaliknya bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap pula menyerang Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka didamaikan oleh Sultan Mahmud.

Hang Nadim dititahkan ke Benua Keling.
Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah,  telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim segera bersiap untuk pulang.
Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Selon. Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan murka dengannya. Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di Tanjung Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.

BAB XI : SERI WAK RAJA DENGAN GAJAH PAHANG.
Setelah Sultan Muhammad, raja Pahang yang pertama meninggal. Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Abdul Jamal. Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan. Sultan Mahmud telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul Jamal dengan gelaran Sultan Abdul Jamal. Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan anaknya Tun Umar mengenai gajah teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.

Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang.
Seri Wak raja telah pulang ke Melaka dan menceritakan tentang cantiknya paras anak Bendahara Pahang yang bernama Tun Teja Ratna Benggala. Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya. Baginda bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan TunTeja akan diberikan hadiah yang besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka. Berita ini didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke Pahang.

Tun Teja Dilarikan Ke Melaka.
Hang Nadim telah berbuat baik dengan seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga dengan Nakhoda Saiyid Ahmad. Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke Melaka.

Pertempuran Di Laut Pulau Keban.
Sebaik Sultan Abdul Jamal, mendengar tunangannya dilarikan Hang Nadim, Dia segera mengejar. Hang Nadim diserang oleh angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri ke Melaka. Sultan Melaka sangat gembira. Hang Nadim dihadiahkan emas dan perak yang tidak terkira. Saiyid Ahmad dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja Kelantan.

Gajah Sultan Pahang Pula Dilarikan.
Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke istana, dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan melanggar istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan tipu helahnya,  Ai Kening telah berjaya dilarikan ke Melaka.

Bersyaikh diri di Lubuk Pelang.
Sultan Abdul Jamal dengan segera memerintahkan panglima Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Mereka diketuai oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal. Sultan Abdul Jamal telah turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk Pelang. Anakanda baginda bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.

Rahsia pembunuhan Raja Zainal.
Dia adalah saudara Sultan Mahmud sendiri. Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan orang-orang perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah kepadanya. Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri. Hang Berkat dianggap saudara oleh Sultan dan dia diberikan gelar Sang Sura.
Sultan Mahmud Syah Serba Salah.
Satu hari isteri Sang Sura telah berzina dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir. Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.
BAB XII : RAJA LEGOR GAGAL MENYERANG PAHANG.
Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Berita ini didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah bersetuju menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri Maharaja telah diarahkan ke sana. Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan bantuan Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan oleh Legor.

Biadap Di Hadapan Bendahara.
Seorang pembesar bernamaTun Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan seorang dagang. Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang. Melihat kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan Bendahara. Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh. Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.

Zuriat Laksamana Hang Tuah.
Laksamana mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri Sultan Mahmud).  Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara Paduka Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang Nadim).

Raja Petani dan Raja Kedah dinobatkan.
Anak raja Siam Cau Seri Bangsa telah menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah. Dia berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah dia menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta dinobatkan oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh Sultan Mahmud.

Kebesaran Melaka Dan Kedatangan Poortugis.
Penduduk negeri Melaka semakin ramai hingga mencapai 19 laksa ramainya. Ramai dagang yang datang termasuklah orang Portugis dari Goa, India. Hairan orang Melaka melihat mereka dan dikatakan sebagai Benggali Putih. Setelah kembali ke India, dia membuat laporan kepada wizurainya di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera dia memerintahkan tenteranya datang menyerang Melaka. Penduduk Melaka pada masa itu kehairanan melihat peluru meriam. Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya dikalahkan. Alfonso mahu Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang menyerang Melaka selagi Bendahara masih hidup. Alsonso bersumpah setelah dia turun dari menjadi wizurai , dia akan datang menawan Melaka.

Makhdum Dipersenda Muridnya.
Satu ketika seorang pendita dari Jeddah telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan pembesar Melakapun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara, datanglah Seri Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau memang seorang yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah memberitahunya yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis). Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala najis).  Maksudnya dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah Makhdum padanya.
Tun Mai Ulat Bulu juga telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras lidah. Sebaliknya Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit, nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu mengatakan ; begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf arab.

Bertanya satu masalah agama ke Pasai.
Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada pendapat mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya tidak. Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya. Jawapan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu diapun kembali ke Melaka.

BAB XIII : TUN FATIMAH ANAK BENDAHARA SERI MAHARAJA.
Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan kerana Tun Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara sebagai jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.

Kekayaan Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara sangat kaya. Mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang disembelih mereka.

Tun Hassan Temenggung Cuba Dibeli.
Semua orang besar-besar datang ke rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah. Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan memberikan 10 tahil emas.

Punca Mencetuskan Sekejam-Kejam Hukuman.
Nina Dewa Sura telah bertelingkah dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja.

Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara.
Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara. Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Sutan. Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila kahwin, segala harta Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang Raja mahu merampas takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan kasut emas tidak ada. Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh. Harta Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah mengharamkam darah laksamana.

Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi digunakannya.

Tun Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara Paduka Tuan. Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang yang diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan seekor gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara. Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah gajahnya. Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana dia membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.

Zuriat bendahara Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai antaranya ialah Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak Tun Khoja Ahmad bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.

Sultan Mahmud Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
Sultan Ahmad pula tidak kasih akan orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa orang tertentu sahaja seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu dan Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba raja dua tiga puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.
Tun Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anaknya, barulah kandungan itu dibelanya. Malangnya Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khatijah. Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum Sadar Jahan.

BAB XIV : DI SAAT AKHIR KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Alfonso d’Albuquerque setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal meminta armada untuk menyerang Melala. Dari Goa dia telah menyerang Melaka dengan 43 buah kapal. Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh Sultan Ahmad. Pada waktu malam, dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan semangat perang. Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan telah terluka.

Sultan Mahmud, Sultan Ahmad berlepas diri.
Akhirnya Portugis berjaya menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad, Sultan Mahmud lari meinggalkan Melaka. Pada mulanya ke Muar dan seterusnya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Di Johor berkota di Pekan Tua dan seterusnya ke Bintan. Perangai Sultan Ahmad yang tidak menghormati pembesar menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud. Ditanamkan di Bukit Batu.

Melantik Orang-Orang Besar Kerajaan.
Sultan Ahmad digantikan dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih lagi kanak-kanak. Tun Khoja Ahmad anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan Tun Jenal juga diberikan gelar. Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia ditanamkan di Bukit Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.
Anak Raja Bakal Kerajaan.
Bila Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak lelaki, Sultan Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar. Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja Ali. Setelah genap 40 hari, acara pertabalan dijalankan. Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah dan digelar juga Sultan Muda.
                                                 
Tun Ali Hati lebih rela mati.
Semasa kematian Sultan Ahmad, semua kawan-kawan Sultan Ahmad dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka diminta taat setia pada Sultan. Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati. Dia tidak datang dan minta dibunuh sahaja. Akhirnya dia dibunuh juga oleh Sultan Mahmud.

Raja Abdullah Ditawan Peringgi.
Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar. Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat menjadi sultan yang baru di Melaka. Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya dibawa ke Goa.

Angkatan Peringgi menyerang Bintan.
Sultan sangat mengharapkan Temenggung Seri Udani turun berperang menentang Portugis. Beliau hanya turun bila Portugis sudah di kuala, tanpa mengadap raja dahulu. Terus ke Kota Kara. Berperang dengan Portugis di situ sehingga mati.


Pusaka Dari Temenggung Seri Udani.
Temenggung sebenarnya berkecil hati terhadap Sultan kerana tidak memberikannya biaya. Hartanya yang disuratkan kepada raja hanyalah talam, periuk, belanga, bokor, pinggan, mangkuk yang telah retak dan sumbing. Budak tiga orang iaitu Si Berkat, Si Lamat dan Si Tuakal. Bila Sultan membaca surat Temenggung itu dia tertunduk sedih. Baginda segera menyuruh menghantarkan satu persalinan kepada Temenggung seperti pakaian anak raja-raja.

Membalas Kasih Raja.
Peringgi telah mengalahkan kota Kopak. Seri Nara Diraja berjaya membawa Sultan Mahmud lari. Beliau berjumpa Seri Wak Raja. Dia ikut sama. Diajaknya Seri Wak Raja membantu Raja dengan menyindir untuk membalas jasa Sultan Mahmud yang telah membunuh saudara mereka berdua (Bendahara Seri Maha Raja dan Seri Nara Diraja). Ini membuatkan Sultan bersedih. Untuk mendapatkan makanan, Seri Wak Raja terpaksa menyamun, mencuri nasi yang sedang ditanak oleh seorang perempuan.

Dari Bintan pindah ke Kampar.
Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan dan rombongannya pergi ke Kampar. Di sana beliau terkejut mendengar berita Raja Abdullah yang ditangkap Portugis itu. Sultan menduduki istana Raja Abdullah. Malangnya permaisuri telah meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada nobat.
                         
Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki.
Raja Pahang iaitu Sultan Mansur Syah (Anak Sultan Abdul Jamal) tidak mempunyai anak lelaki. Satu ketika, Raja Muhamad, raja Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang ke Pahang. Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki. Dinamai Raja Ahmad dan dijadikan anak angkatnya. Bila sudah besar, Raja Ahmad dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja Puspa Dewi. Dapat seorang anak dinamakan Raja Omar.

BAB XV  : SULTAN MAHMUD MANGKAT DI KAMPAR.
Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya :
ð   Bersabar.
ð   Jangan tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang urusan.
ð   Berlaku adil terhadap rakyat dan tentera.
ð   Jangan mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan raja.

Setelah Sultan Mahmud mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.

Bertapak Semula Di Bumi Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin telah berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim, merekapun pindah ke Johor.

Berbuat negeri di Johor.
Sultan Alaudin memerintahkan berbuat kota di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting. Laksamana Hang Nadim duduk di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat Meminang Dari Pahang.
Bila Sultan Pahang mengetahui Sultan Johor telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk meminang Raja Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara, peminangan itu diterima.

Hasrat Sultan Pahang tercapai
Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa segera balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu. Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana terhadap Peringgi. Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.

Istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah :
·         Menghantar sirih dan emas belanja.
·         Pekerjaan berjaga-jaga selama 40 hari. Pelbagai permainan dimainkan.
·         Kenduri kerbau, lembu, kambing, itik, ayam disembelih.
·         Raja Omar diarak dengan gajah, lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi dengan pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli.
·         Tuan Kadi menikahkan.
·         Makan beradap-adapan.
·         Jamuan untuk tamu diawasi oleh Temenggung dan para bentara. Bendahara santap satu hidangan seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang bakal menjadi raja.

Selepas Mangkat Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas perkahwinan Raja Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.  Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail dan bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.

Nikah Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya raja Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil. Raja Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian, bonda Raja Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak oleh Sultan Muzaffar.

Wasiat Sultan Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah hendak mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul Jalil pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah sebagai anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan Seri Nara  Diraja sahaja.

Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.

Tun Seri Lanang jadi Bendahara.
Bendahara Paduka Raja gering dan meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula dari Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak dapat dikalahkan.  Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih. Pindah pula ke hulu Sungai Damar  atau makam Tauhid. 2 kali Portugis menyerang. Negeri Makam Tauhid tidak dapat dikalahkan.   Bila Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan oleh orang besar Cempa. Raja fatimah juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya Sultan Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan. Raja Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.


11 comments:

Mike said...

Terima kasih untuk perkongsian penulisan di atas. God Bless :)

Cik syimah said...
This comment has been removed by the author.
Cik syimah said...

Sejarah melayu yang patut diangkat dan diperkenalkan kepada umum agar kita tidak pernah leka dengan kemodenan yang memamah sejarah silam bangsa ini. Terima kasih atas penulisan ini.

ahsanul khair said...

trims artikelnya.
sangat lengkap. Cuma kita perlu meletakan kisah raja raja ke tahun sebenarnya.
Raja Zulkarnain tahun 580 SM (BC). Raja Suran adalah Cirrus (Surya)
kerajaannya di sebut juga Achaemenid

begitu juga kisah kisah yang di tulis ada yang bertarikh sebelum Zulkarnain. Perlu kerja keras agar semua kisah raja tersebut di letakkan pada waktu dan tempat sejarah yang benar.




Rozi said...

Syabas...sumbangan yang sangat berharga....

Unknown said...

Terima Kasih, mohon share

First Month said...

Sesuai dijadikan rujukan, Syabas

Unknown said...

terima kasih,mohon supaya boleh dijadikan bahan rujukan untuk pembelajaran saya

Unknown said...

Tqq

Mohammad Ali said...

Ini bukan naskah sulalatus yg asli yg ditulis Tun srilanang 1612.
Ini adalah naskah sejarah melayu yg dikarang karang orang-orangan orang melayu keturunan bugis selepas tahun 1950 han. Mereka hendak meniadakan pengaruh kebesaran orang orang melayu keturunan bukit siguntang Palembang.
Sejatinya sulalatussalatin adalah kitab resmi kerajaan Aceh.
Raja raja Aceh mesih berketurunan raja raja bukit siguntang dan tun srilanang adalah keturunan raja raja bukit siguntang palembang juga. Bustanussalatin saja yg di tulis sekh Nuruddin Arraniri yg bukan orang melayu memuat pasal dalam bustanussalatin kalau raja raja Aceh berketurunan raja raja bukit siguntang Palembang. Maka mistahil Tun srilanang tidak memuatnya dalam sulalatussalatin.
Kemudian tentang bijitramsyah dalam naskah sulalatussalatin tun srilanang yg asli tidak ada. Apalagi bengkulu. Th 1612 nama bengkulu belum ada. Sekalipun ada belumlah pupuler tun srilang tidak tau bengkulu. Mustahil Tun srilanang menulis bengkulu menulis nama tempat yg dia belum tau.
Kemudian naskah ini naskah palsu naskah hanya untuk merusak sulalatussalatin Tun srilanang 1612.
Dinaskah ini ditulis wan sendari anak demang bengkulu kemudian mengawinkan bijitram syah dengan wan sendari yg mempunyai 4 orang anak. Padahal naskah asli sulakatussalatin wan sendari adalah anak demang lebar daun pakembang bukan anak demang kebayunan bengkulu.
Demang kebayunan dan wan sendari tidak bisa di lacak dan diidentifikasi di bengkulu. Sejarah sejarah bengkulu dan jawa juga tidak ada hubungan jawa dan bengkulu. Tapi hubungan kekerabatan oalembang Jawa memang ada. Dalam pakta sejarah dan bisa dilacak dan diidentifikasi.
Kemudian yg aneh lagi di naskah sulalatussalatin palsu ini disebut anak demang lebar daun adalah raden ratna candra puri tapi di lain pihak dinaskah ini ditulis candra puri anak iskandarsyah. Jadi mana yg benar di naskah ini. Rrcp kadang disebut anak demang lebar daun palembang kadang disebut anak iskandarsyah bintan .
Yerus lagi yang aneh di naskah ini disebut hang tuah orang bugis. Titopan raja bugis kepada utusan raja melaka kemudian di oelihara oleh sultan melaka. Tapi anehnya pas hangtuah mau di bunuh dinaskah ini ditulis hangtuah dihantar kedusunnya du hulu malaka katanya orang bugis besar di istana malaka tapi diantar kedusunnya di hulu malaka. Dasr payah orang orang melayu keturunan bugis buat buat sulalatussalatin palsu buat menghilangkan pengaruh orang orang melayu keturunan bukit siguntang Palembang.
Naskah sulalatussalatin yg kamu tulis ini adalah palsu ini naskah yg ditulis A.Samad Ahmad orang melayu keturunan bugis di slangor th 1979.
Pantas saja dia menulis bengkulu. Dan menulis Hangtuah orang bugis tapi dusun hangtuah di hulu Malaka. Tujuan orang membuat naskah sulalatussalatin ini untuk merusak sejarah dan oakta yg ada. Untuk mengkaburkan, menyamarkan sejarah kebenaran yg ada.

Mohammad Ali said...

Tun srilanang aslinya pada saat menulis buku sulalatussalatin ini belum tau sepak terjang orang bugis di semenanjung melayu dan juga belum tau bengkulu portugis. Tun srilanang taunya portugis itu feringgi. Kok dinaskah ini ditulis bengkulu, portugis, aslinya sulalatussalatin tun sri lanang 1612 itu adalah Bukit siguntang palembang sentris semua kawasan melayu terhubung dan berhubungan dengan Palembang karena memang begitu pakta sejarah sesungguhnya.
Sedangkan di naskah sulalatussalatin palsu ini tidak ada titik sentralnya.
Semua dibuat ngambang tidak ada titik temunya semua dibuat tidak jelas kadang begini kadang begitu. Hangtuah Kadang disebut orang bugis kadang disebut orang malaka.