Jom Ikut!

Showing posts with label Falsafah. Show all posts
Showing posts with label Falsafah. Show all posts

30/04/2014

Hang Tuah ; Lambang Semangat Melayu


1.0          ABSTRAK KAJIAN.

 

Kajian mengenai Hang Tuah dalam kertas kerja ini adalah bertumpukan mengenai peranan  Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri Gunung Ledang dan akhir sekali kertas kerja ini turut membincangkan mengenai pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. 

26/04/2014

TEORI FALSAFAH BAHASA

Teori Falsafah Bahasa.

Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). 
 Teori Falsafah Bahasa terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bulatan, anak panah (dua hala) dan garisan putus-putus. Bulatan itu merupakan bentuk yang memerlukan manusia berbahasa secara sempurna dari segi nahu, makna dan tujuannya. Oleh itu, segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. 

Bahan Dan Alat Perubatan Tradisional Melayu



Bahan-bahan dan peralatan yang lazimnya digunakan oleh pengamal perubatan.
- Herba dan Tumbuhan.




25/04/2014

Falsafah dan Amalan Perubatan Tradisional Melayu


FALSAFAH DAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU


Abstrak
Amalan perubatan tradisional Melayu merupakan warisan turun temurun dari zaman nenek moyang dahulu lagi. Amalan perubatan ini ternyata masih lagi meresapi budaya masyarakat kini. Kepercayaan kepada amalan magis adalah sebahagian falsafah daripada budaya masyarakat tradisional Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kaedah dan alat yang digunakan oleh pengamal perubatan dahulu di samping turut membandingkan amalan perubatan tradisional masyarakat dahulu dengan masyarakat  kini. Dalam teks ini terkandung lima buah cerita iaitu Cerita Seri Rama, Cerita Malim Dewa, Cerita Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal dan Cerita Raja Muda. Dalam kesemua cerita lipur lara ini masing-masing mengamalkan amalan perubatan tradisional sama ada dalam bentuk jampi, mantera ataupun menilik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk Etnografi iaitu pemerhatian terhadap budaya amalan perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini juga berbentuk kajian kepustakaan iaitu merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku, jurnal dan artikel. Hasil kajian ini menunjukkan dalam setiap cerita masih lagi mengamalkan unsur magis bagi merawat pelbagai jenis penyakit.